Tuesday, November 17, 2009

Kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang,
iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar
hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi
oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan
oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu
bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah
yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia
adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki
sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula
melakukan dosa.


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali
dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati
orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala
untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan
bergelak ketawa.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati
mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran
malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w
yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal
ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak
mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan
mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan
iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti
akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan.
Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai
pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan
kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil
logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti
diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi,
kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan
termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan
penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS,
demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian
hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering
mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di
atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya,
sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? .
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran
malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai,
sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia,
mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah
tamat.


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat
dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit
sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku
kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh
orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah
yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat
pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau
mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya
tidak akan tertangguh walau sesaat.


Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab
bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.
Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia
akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah
Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati
mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk
berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan
serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan
sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan
menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang
masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari
berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan
segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti
akan membawa sesalan yang tidak berguna.


Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan
kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih
menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika
Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran
terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya,
sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di
hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan
terjerumus ke lembah bahaya itu.


Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi
memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh
Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain
menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan
tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk
bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah
SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya
tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana
dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan
berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang
tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai
sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s
sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian
itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya
kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap
sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa
mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak
mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang
sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit
tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya
telah tiba.


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang
telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir
Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail
hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang
diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan
kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana
yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat
maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi
malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga
malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan
bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang
sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (
pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )

Thursday, November 12, 2009

Nur Amalina

The untrue story appeared on a blog site on 24 July 2009. Here is a response from one of Nur Amalina's fellow students:-
Dear all. I'm Charis, currently a 3rd year Edinburgh medical student.

I'm writing this as I'm absolutely saddened and disgusted by the rumours spread about my coursemate Nur Amalina Che Bakri or more popular known on the net as the 17A1 scorer. To clarify, she is doing very well and is actually doing an intercalated honours degree in Pharmacology with Industrial Experience. She did not fail her second year but actually did quite well. That intercalated degree is a very competitive one and she obtained it by her merit (with Bank Negara's funding). If I'm not mistaken, she has also obtained an ERASMUS transfer programme where she can do part of that course in a partner European university. She will be returning to 3rd year medicine in 2010, and if all things go well, graduate in 2013.

I understand that there is widespread dissatisfaction about the allocation of scholarships in Malaysia. However, whether it is just or not, I think that Nur Amalina or other scholars should never be victimised by false rumours. It is NOT their fault, whatever it is. Leave her alone, please. If your anger or frustration is meant to be at the scholarship-givers, i.e. the government or other organisations giving out scholarships, let it be directed at them and them only, and voice out your concerns and frustrations in a manner worthy of a concern citizen. There are flaws to the system, no doubt. There's the question on whether such a heavy cost of sending a scholar overseas is justified. Then, there is the issue of scholars who 'disappear' after graduating. There are scholars who fail year after a year, costing taxpayers a huge sum of money. And there's always that talk about the unclear criteria of selection for scholarships. But let's get our facts right before pointing our fingers, and perhaps check who we are pointing our fingers at, lest we wrongly defame and even character assasinate young scholars with great potential.

Your fellow Malaysian,
Charis Wong
C.H.L.Wong@sms.ed.ac.uk
12:32 AM


p/s: my take on this, selagi amalina tak buat statement. kita takkan tahu siapa yang benar.

Wednesday, November 11, 2009

17 A's student failed 2nd-year university exam

It it is true, then what can we do?

17 A's student failed 2nd-year university exam

"The roots of true achievement lie in the will to become the best that you can become..."

The Failure of Nur Who Scored 17 A's!

I was really shocked and speechless to be informed about Nur Amalina Che Bakri.

Nur Amalina had held briefly the record of the most A's scored in the Sijil Pelajaran Malaysia. Upon the announcement of results of SPM 2004 on 26 March 2005, she received 17 1As - a record for number of A's received by a student in the history of Malaysian education back then. She was sponsored by Bank Negara Malaysia to study medicine in the United Kingdom, and did her A-levels at the Cheltenham Ladies College in the UK.

Now I am informed that she had failed her second year medical study at the University of Edinburgh. What went wrong?

Could English language be the problem? We are going back to Malay medium again and that means trouble.

Another article by Dr. Hsu

I was told that one of the girls with the most number of A's, 17 A1's, in SPM and who is currently on a scholarship in UK to study medicine failed in her second year examination.

While passing and failing examination is part and parcel of a student's life, this case is particularly alarming, as this is supposed to be our cream of the cream. There may be other reasons why she failed , but this case typifies the trend of many of our so-called 'top scholars' failing in overseas universities.

I have mentioned before that among my daughter 's year doing medicine in University of Auckland, there were many JPA's scholars (more than 10). Only one graduated with the class. The rest have failed along the way and have to repeat the year which they have failed. Some have failed one year, passed on second attempt and then failed again in another year. It is not uncommon to have someone who failed a few times along the way.

These scholars are supposed to represent the cream of our students, and yet they struggled to get through the course.

We must find out the reasons why so many of these scholars fail when they are supposed to be the our top students.

Granted that in an examination, even a good student can do badly sometimes, but to have a disproportional high failure rate among the so called top students is alarming and cannot be attributed to 'luck' or the lack of it. Compare this with those on their fathers' scholarship, very few of the latter group failed.

Is it because our marking system is at fault? Is there any differential markings of papers? Is our education system at fault?

I think the time has come to have a thorough re-examination of the whole education as well as the examination system.

It really reflects badly on our country when scholarship holders fail in their examinations at an alarming rate.

P.S. When a scholarship holder fails and has to repeat a year, it would cost the Country a lot of money which can actually be used to finance more students for study. Scholarship holders also live a life of relative luxury, compared to self-financed students, and they normally stay in the best hostels and many of them have cars and so on. SO the whole system of awarding scholarship should be reviewed too.

If the students scores an exemplary number of distinctions (A's in Malaysia) in a public exam, they are considered the pinnacle of what the Country's education system is capable of producing. They are expected to go through tertiary education anywhere in the world with flushing success. So what could possibly have happened if they fail abroad?

Malaysia's education system has always been a laughing stock. Based purely on numeric superiority and mindless rote learning methods that even the British has long abandoned decades earlier, Malaysia continues to believe that the more A's the students attain, the better equipped they are. It doesn't matter how they get the A's so long as the aim is to get them and get as many in the process. So if the students were to labour over numerous past year exam papers in the library, memorise the answers and focus only on what the teacher 'suggests' are likely to come out for the exam, that's all right by everyone. The education system doesn't teach the students to UNDERSTAND the material. It doesn't encourage proactive teaching methods that encourage students to discover knowledge but to merely be taught.

When a student with 17 Distinctions fail in the real world, it is not a surprise. Perhaps it is to many Malaysians, but it's a system that is waiting to reward its students with spectacular failure when they leave the shores and compete overseas or when they enter the workforce. Many organisations in the private sector have continued to be horrified at the performance of such students during interviews. Communication skills are absent. Standard ethics are absent. Common courtesy codes are absent. Presentation skills as well as personal grooming are absent. What has the education system taught them?

If Malaysia continue to embark on the road of plain numeric superiority instead of to challenge the students to think, provoke them to create their own opinions and to communicate expressively, to eloquently define their standing in the world, there can never be an international leader in any field or industry emanating from Malaysia. It never produced one in the last 20 years. It never will for the next 100 years.

Tuesday, November 10, 2009

Firasat

Definition: Firasah (arabic), Firasat (malay), Foresight (english)

Class: Ability, may apply to all muslims and those who Allah gave Hidayah


Requirements: One muslim must keep their vision low from seeing the
opposite gender's Aurah (or aurat). This also includes from seeing
Ma'siah (or Maksiat.


Pre-requisites: Must be in Iman and maintains doing good deeds. Even
preventing oneself from doing bad deeds is considered as a good deed.


Description: Firasat will allow you to somehow see the future. Even
predicting what will happen next. In most cases, they will come true.
It also includes guessing right another person's history and
personality.


Limitation: One must not try to believe 100% of their firasat. It is
only a hint. A gift from Allah. To keep this ability, one must be
consistent with the requirements.


Good luck trying.


Ref: one of Ustaz Zahazan's TafsirulQuran session in IKIM.fm

Wednesday, October 21, 2009

Caffeine: a summary

Caffeine is probably the most commonly used chemical stimulant. More
than 90% of Americans consume caffeine on a daily basis in their
coffee, soda, tea, or chocolate. Pure caffeine is a white
bitter-tasting powder that can be extracted from coffee, tea, the
guarana berry, or from other sources.

Caffeine is a brain stimulant. It works in the brain by blocking the
natural effect of adenosine on the nerve cells, causing increased
mental activity. It also causes the body to release adrenaline, which
causes the heart to beat faster, blood pressure to rise, muscles to
tighten up, and extra sugar to be released into the bloodstream for a
burst of energy. This is why it is often used to counteract
sleepiness.

Caffeine is an addictive substance. When the effects from caffeine
wear off, the feelings of fatigue, depression, and irritability set
in. Taking more caffeine can counteract these feelings, but this leads
to a dangerous cycle. With prolonged use, it can interfere with the
brain's ability to reach deep sleep and become fully rested, which
means that the person will feel tired in the morning and be more
inclined to take even more caffeine.

credit to Braingle

Saturday, September 19, 2009

Internet Clampdown - Storm's coming

Malaysia Today has been put down. For how long? I dont know. The act doesnt respect the freedom of expression. While the document should not go online, it has been demanded by members of parliament for a long time since the PKFZ scandal investigation has ended. It never surfaced then until recently published on Malaysia Today.

My take on this? Its just the way the government is digging its grave. Let them be, I'd say. They are on the brink of collapse. Scoring own goals by own goals. Setting up traps for themselves. Walking on a field of land mines with blindfolds. I just hope the change of government would be swift and with less casualties. The timing must be right. Just hope the captain can make it.

Thursday, September 10, 2009

Kartika bukan yang pertama

Salam..
Dipanjangkan untuk pengetahuan dan peringatan sahabat2 semua...

Aslkm,

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi
Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak.
Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4
orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman
sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh
Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah
membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah
diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas
Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun
lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak
. Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah
fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika
seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.
Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang
lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi
hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah
memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi
memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua
orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim
Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan
keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid untuk
membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.


6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang
sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka
terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan
penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian
mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara
Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama.
Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat
tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang
bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat
mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan
sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan
menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti
keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada
Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya
terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang
bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama
lagi.

10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan
Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG
SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah
dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada
tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk
Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN
BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH
KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI
MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk
"Justice For Kartika".

Salam Ramadhan alMubarak dan selamat menyambut hari nuzul al Quran –
semoga kita dikurniakan ketaqwaan.

alQurawiyy